Tuesday, June 29, 2010

KOMPOS & VERMIKOMPOS




Apakah kompos?

Kompos merupakan baja organik yang dihasilkan melalui pereputan sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan. Penggunaan kompos ini juga merupakan salah satu sistem pertanian yang mesra alam dan mempunyai banyak kelebihan berbanding baja kimia.

Kompos yang terhasil daribada sisa tanaman yang mereput

Apakah Vermikompos?

Vermikompos adalah bahan organik yang dihasilkan daripada proses atau aktiviti mikrobial oleh cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian,sisa sayuran,sisa buah-buahan dan sisa ternakan. Sebagai contoh, aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO