Wednesday, July 28, 2010

LAWATAN PERTAMA KE SMK PAYA KELADI...




Pada 27 julai 2010, kami ke smk paya keladi...untuk meninjau pekembangan projek vermikompos di sekolah.....alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar...terima kasih kepada cikgu Fisol dan cikgu Noraini kerana menyambut kedatangan kami..

dari kiri: cikgu noraini, Dr Noraida, cik Liza, Dr norizan dan Cikgu Fisol...(juru gambar: En.aidil)

tara!..kita da mula terjah masuk ke rumah cacing...wah..menakjubkan..sedia untuk di bawa ke luar..

tekun semua...dengar taklimat dari Dr Norizan...

wah..nampkanya mereka da tak takut dengan cacing!

hasilnya...selepas 4 minggu...dah menjadi..VERMIKOMPOS!
(sisa buah-buahan- buah nangka cacing cukup suka)


sihatnya cacing tu! bertambah gemuk...


Dr Noraida- gembira tgk cacing...

cacing dan kompos dari sisa tebu..

En.aidil sedang mencari cacing..

sisa tebu- kelembapan yang sangat sesuai dengan cacing


selepas 4 minggu..inilah hasilnya...sisa-sisa organik telah berubah menjadi kompos...tahniah kepada SMK Paya Keladi...

lawatan seterusnya ke SMK (P) St George dan SMK Tunku Pn habsah.....
Smk Kepala Batas dan SMKA Al-Irshad....tunggu ya!











Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, July 22, 2010




MARI MENGENALI CACING…(PART 1)

STRUKTUR TUBUH

Ø Cacing tanah memiliki “seta” yang berfungsi sebagai jangkar semasa bergerak

Ø Cacing tanah juga mempunyai lendir ( dihasilkan oleh kelenjar epidermis) yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang serta sebagai alat untuk mempertahankan diri

Ø Pada bahagian depan cacing tanah terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan rostomium yang digunakan untuk menembus tanah

Ø Sekiranya tanah tersebut sukar untuk ditembusi maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluar bersama kotoran yang kaya dengan unsur hara (nutrient) dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan toksin yang merbahaya.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, July 21, 2010

Musuh-musuh cacing



Musuh-musuh cacing terdiri daripada katak, ular, burung, lipas, cicak, semut dll. Kehadiran musuh cacing boleh membahayakan cacing.



Langkah-langkah bagi pencegahan awal :

1- Tabur serbuk racun serangga / semut di sekeliling tempat ternakan.
(elakkan daripada menabur serbun racun ke atas medium vermikompos kerana ia boleh
menjejaskan medium/cacing)

2- Kaki rak kayu diikat dengan kain yang dibasahkan dengan minyak tanah atau alaskan kaki rak kayu dengan bekas berisi air. Penggunaan hirisan halus bawang besar yang diletakkan di sekeliling bekas ternakan juga boleh digunakan.

3- Penggunaan cecair serai wangi yang disi ke dalam bekas dan diletakkan di tengah bekas ternakan. Selain itu sembur cecair serai wangi di persekitaran tempat ternakan.

4- Buat penutup berjaring pada setiap bekas ternakan.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, July 20, 2010

PERINGATAN!!!



Langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan medium vermikompos

1. Pastikan anda tidak menyentuh medium dengan menggunakan tangan!!
( bakteria yang terdapat di dalam medium boleh menyebabkan rasa gatal-gatal dan alergic)

2. Anda disarankan memakai sarung tangan dengan betul dan menutupi seluruh tangan anda
3. Elakkan daripada menyentuh muka atau anggota badan yang lain semasa mengendalikan vermikompos

4. Cuci tangan dengan menggunakan sabun selepas mengendalikan medium

5. Sekiranya anda mengalami alahan, anda tidak digalakkan mengendalikan medium dan disarankan melakukan tugas-tugas yang lain.

6. Pastikan tempat vermikompos sentiasa bersih bagi mengelakkan sebarang penyakit berjangkit.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, July 15, 2010

SOAL SELIDIK-fasa 1



Kaji selidik ini dijalankan selama seminggu iaitu bermula 8-13 julai 2010 secara berperingkat di sekolah-sekolah yang terlibat. Ia dijalankan bagi meninjau tahap kefahaman pelajar mengenai pengurusan sisa-sisa buangan dan pengetahuan mengenai vermikompos terutamanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak sekolah(Smk Paya Keladi, SMKA Al-irshad, SMK Kepala Batas, SMK ST George dan SMK Tunku Pn Habsah) terutamanya guru pembimbing di atas kerjasama yang telah diberikan......






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Monday, July 5, 2010

Jadual pelaksanaan projek vermikompos




kompos dengan menggunakan cacing...


buku data yang disediakan kepada pelajar...

JADUAL PELAKSANAAN

"projek vermikompos di sekolah"

klik disini untuk muat turun..

download!


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

BENGKEL PENYEDIAAN VERMIKOMPOS....3 JULAI DI USM




barang-barang yang disediakan...


aktiviti penyediaan bermula..



"yey..yey..saya da tak takut cacing!!"



cacing untuk kompos...


timbang dulu..lepas tu, isi la bekas tersebut dengan sisa-sisa organik...


label!


masukkan cacing ke dalam bekas tersebut...


kemudian, siram...bagi melembapkan medium..





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, July 1, 2010

Jenis-jenis Cacing Kompos



Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:-


Lumbricusrubellus (Cacing merah)


Perionyxexcavatus (Cacing biru)



Eiseniafetida (Cacing harimau)




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO