Wednesday, February 29, 2012

BENGKEL PENGKOMPOSAN DI SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

pada 28.2.2012 sekitar jam 3.30-5.30 petang, kumpulan RUVCOMP telah mengadakan satu bengkel pengkomposan di SMK Sultan Badlishah. bengkel tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik dari pihak guru dna juga pelajar. seperti biasa pelajar telah didedahkan dengan teknik mengurus sisa melalui kaedah pengkomposan. 2 teknologi pengkomposan yang telah diperkenalkan iaitu pengkomposan jenis timbunan dan pengkomposan dengan bantuan cacing (vermikompos). ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan komitmen dan juga semangat yang tinggi semasa bengkel berlangsung. tidak dilupakan juga buat guru-guru, wakil PIBG dan juga team RUVCOMP... bersama menjaga alam kita dengan mengurus sisa secara bijak..






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, February 16, 2012

BENGKEL PENGKOMPOSAN DI SMK SRI NIBONG



Assalamualaikum dan bertemu kembali... pada 8 Februari 2012 (rabu) iaitu bermula jam 3 petang, satu bengkel pengkomposan telah diadakan di SMK Sri Nibong. Bengkel ini bertujuan mendedahkan para pelajar dengan teknik pengkomposan secara timbunan dan tidak dilupakan juga aktiviti vermikompos turut dijalankan. seramai 75 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar asrama telah menyertai bengkel ini. ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Sofea dan Cikgu Rosyida yang telah banyak membantu menjayakan bengkel ini. tidak dilupakan juga buat para pensyarah dan juga pembantu-pembantu penyelidik lain yang turut terlibat. bersama kita melestarikan pengurusan sisa secara mesra alam... berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang bengkel tersebut.











Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO