Wednesday, February 29, 2012

BENGKEL PENGKOMPOSAN DI SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

pada 28.2.2012 sekitar jam 3.30-5.30 petang, kumpulan RUVCOMP telah mengadakan satu bengkel pengkomposan di SMK Sultan Badlishah. bengkel tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik dari pihak guru dna juga pelajar. seperti biasa pelajar telah didedahkan dengan teknik mengurus sisa melalui kaedah pengkomposan. 2 teknologi pengkomposan yang telah diperkenalkan iaitu pengkomposan jenis timbunan dan pengkomposan dengan bantuan cacing (vermikompos). ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan komitmen dan juga semangat yang tinggi semasa bengkel berlangsung. tidak dilupakan juga buat guru-guru, wakil PIBG dan juga team RUVCOMP... bersama menjaga alam kita dengan mengurus sisa secara bijak..





Thursday, February 16, 2012

BENGKEL PENGKOMPOSAN DI SMK SRI NIBONG

Assalamualaikum dan bertemu kembali... pada 8 Februari 2012 (rabu) iaitu bermula jam 3 petang, satu bengkel pengkomposan telah diadakan di SMK Sri Nibong. Bengkel ini bertujuan mendedahkan para pelajar dengan teknik pengkomposan secara timbunan dan tidak dilupakan juga aktiviti vermikompos turut dijalankan. seramai 75 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar asrama telah menyertai bengkel ini. ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Sofea dan Cikgu Rosyida yang telah banyak membantu menjayakan bengkel ini. tidak dilupakan juga buat para pensyarah dan juga pembantu-pembantu penyelidik lain yang turut terlibat. bersama kita melestarikan pengurusan sisa secara mesra alam... berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang bengkel tersebut.










Tuesday, April 26, 2011

Lawatan Susulan ke Lima Sekolah

Pada tarikh 18.4.20111 iaitu pada hari Isnin, satu 'road tour' telah dbuat ke lima sekolah. sekolah yang pertama dilawati ialah SMK St.George dan diikuti pula SMK Tunku Puan habsah. kemudiannya, lawatan disusuli pula dengan menyeberangi jambatan Pulau Pinang menuju ke SMKA IRsyad, SMK Kepala Batas dan terakhir sekali SMK Paya Keladi. tujuan lawatan ialah untuk melihat perkembagan projek vermikompos yang dilaksanakan di sekolah-sekolah tersebut. hasilnya ialah positif dimana cacing-cacing berjaya dapat dijaga dengan baik dan juga makin bertambah. penghasilan vermicast masih lagi sedikit kerana ia masih memerlukan masa.
berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang 'road tour' tersebut...

(1) SMK St.George

(2) SMK Tunku Puan Habsah


(3) SMKA Irsyad


(4) SMK Kepala Batas

(5) SMK Paya Keladi

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memebrikan kerjasama yang baik sekali semasa lawatan susulan ke sekolah-sekolah ini... Teruskan usaha kita demi kelestarian masa hadapan..

lawatan susulan ke SMK Sri Nibong

Pada tarikh 6.3.2011 iaitu pada hari Rabu, satu lawatan susulan telah dibuat ke SMK Sri Nibong. Lawatan ini disertai oleh Dr Norizan, Dr.Norhashimah dan juga Cik Safinah. Tujuan lawatan susulan diadakan ialah bagi melihat perkembangan projek kompos di sekolah tersebut. Hasil lawtana tersebut telah emmperlihatkan perkembangan yang baik dimana cacing semakin bertambah dan juga proses pereputan bahan kompos telah berlaku. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil semasa lawatan tersebut.

Wednesday, April 6, 2011

fakta menarik tentang cacing....

Tahukah anda???
  • cacing mengawan pada waktu siang.
  • cacing aktif pada waktu malam.
  • cacing tanah termasuk di dalam haiwan jenis Hermafrodit , iaitu haiwan yang memiliki dua jenis alat kelamin, jantan dan betina.
  • walaupun cacing bersifat dua jantina, tetapi ia tetap memerlukan pasangan untuk proses pembiakan....
  • jangka hayat cacing ialah lebih kurang 6 tahun...



Bengkel Penyediaan Vermikompos di USM


Tarikh: 5.3.2011 (Sabtu)
Tempat: Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM
Sekolah-sekolah yang Terlibat: SMK St.George, SMK Tunku Puan Habsah, SMK Kepala Batas, SMKA Irsyad dan SMK Paya Keladi.


wajah-wajah kegembiraan menimba ilmu

begitu bersemangat Dr.Norizan dan Dr.Hakimi memberikan penerangan...




bengkel di SMK Seri Nibong

praktikal penyediaan vermikompos
Sesi taklimat bersama pelajar
Mesyuarat antara kedua-dua belah pihak

Lawatan awal ke SMK Seri Nibong

saksikan......


pelbagai ragam mereka.....