Tuesday, April 26, 2011

Lawatan Susulan ke Lima Sekolah



Pada tarikh 18.4.20111 iaitu pada hari Isnin, satu 'road tour' telah dbuat ke lima sekolah. sekolah yang pertama dilawati ialah SMK St.George dan diikuti pula SMK Tunku Puan habsah. kemudiannya, lawatan disusuli pula dengan menyeberangi jambatan Pulau Pinang menuju ke SMKA IRsyad, SMK Kepala Batas dan terakhir sekali SMK Paya Keladi. tujuan lawatan ialah untuk melihat perkembagan projek vermikompos yang dilaksanakan di sekolah-sekolah tersebut. hasilnya ialah positif dimana cacing-cacing berjaya dapat dijaga dengan baik dan juga makin bertambah. penghasilan vermicast masih lagi sedikit kerana ia masih memerlukan masa.
berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang 'road tour' tersebut...

(1) SMK St.George

(2) SMK Tunku Puan Habsah


(3) SMKA Irsyad


(4) SMK Kepala Batas

(5) SMK Paya Keladi

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memebrikan kerjasama yang baik sekali semasa lawatan susulan ke sekolah-sekolah ini... Teruskan usaha kita demi kelestarian masa hadapan..

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment