Thursday, February 16, 2012

BENGKEL PENGKOMPOSAN DI SMK SRI NIBONG



Assalamualaikum dan bertemu kembali... pada 8 Februari 2012 (rabu) iaitu bermula jam 3 petang, satu bengkel pengkomposan telah diadakan di SMK Sri Nibong. Bengkel ini bertujuan mendedahkan para pelajar dengan teknik pengkomposan secara timbunan dan tidak dilupakan juga aktiviti vermikompos turut dijalankan. seramai 75 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar asrama telah menyertai bengkel ini. ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Sofea dan Cikgu Rosyida yang telah banyak membantu menjayakan bengkel ini. tidak dilupakan juga buat para pensyarah dan juga pembantu-pembantu penyelidik lain yang turut terlibat. bersama kita melestarikan pengurusan sisa secara mesra alam... berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang bengkel tersebut.











Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment